My Memories~
Friday, 18 February 2011
My Memory - Aizam Aiman, ganti balik! Awak dah buat saya kembali berangan. Susah betul menjadi saya :P
Novel ni, terbaikkkk! Sungguh, tak sangka Aizam Aiman menulis se'best' ni. Mula-mula tengok tajuk je dah takut sebab dalam bahasa Inggeris. Bahasa penjajah tuuu. Hehe tapi sinopsis memang menguatkan semangat betul untuk habiskan 16Ringgit Malaysia untuk membahamnya. :)
" Kata Robert Louis.. err.. saya tak ingat nama penuhnya. Tapi si Ribert ni kata, kawan adalah hadiah yang anda berikan kepada diri sendiri. Jadi, anggaplah saya sebagai hadiah kepada awak! " Senyumnya masih melebar. Wajahnya penuh syahdu. Ya, Adilah memang diserap semangat yang hebat!:D Haha tak malu mengaku, Adilah ni agak sebijik betul dengan Husna. Tak, husna adalah husna, adilah adalah adilah, tapi sedikit persamaan bukan lah suatu yang menjengkelkan. (Wah! Wah! Husna dah terror buat ayat novel la seh :P)
Afra hanya melopong memandang Adilah. Hilang kata-kata.
Adilah menambah lagi, " Tidak lama lagi kita meninggalkan alam persekolahan. Jadi, inilah masanya kita berkawan dan cipta kenangan sebanyak mungkin. Saya mahu meninggalkan alam persekolahan sebagai kawan yang baik, prihatin dan disukai ramai! Saya mahu meninggalkan memori yang indah buat kita semua kenang! Jadi, pada masa hadapan, apabila awak teringat saya, awak akan tersenyum bahagia kerana mempunyai kawan seperti saya! " Bersungguh-sungguh Adilah, seolah-olah dia sedang memasuki pertandingan pidato.
Adilah merenung jauh, tersenyum seperti membayangkan sesuatu. Dia mahu dikenang sebagai kawan yang baik.. errr.. di samping sebagai pelajar sekiranya berpeluang.
Hidup ni sekali je. Tak perlu nak sia-siakan dengan keluhan dan tangisan. Dan, tak perlu jugak penuh-penuhkan dengan dosa-dosa yang nanti makan diri sendiri. Ya macam ni, dalam dunia buat amal banyak-banyak. Dan masa yang sama, jangan siakan dengan keluhan dan tangisan.
Siapa pun yang tak mahu jadi kawan yang baik kan? Kawan yang dikenang. Kawan yang bila diingat, akan buat kita tersenyum mengenang kenangan dengan dia. Alangkah manis jika berlandaskan ukhwah fillah. Fulamak~
Tapi, kita mampu ke? Mampu nak jadi kawan baik.. Yang baik dengan semuaaa orang? Yang sayang seadanya, sayang kerana Allah?
Tu lah yang saya tertanya-tanya dengan diri saya sekarang :(
Takpelah, boleh jawab lain kali. Sekarang ni kena tumpu esok nak pakai baju apa pulak nak pergi rumah Zulaikha dan Hafsah untuk study group. Cewahh~
Apapun, realiti atau dalam alam maya sekalipun. Ingat lah, Husna, saya sentiasa menghargai insan yang bernama kawan. Asalkan ia kawan, kawan yang sentiasa ingatkan & betulkan saya. Alamak, ni yang tak best ni bersentimental pulak dah..
Like banyak kali novel ni. Aizam Aiman, kena banyar ni! Mana nak letak list semuaaa kawan-kawan yang tiba2 dah tersembul kat minda ni.... ? Ish-ish..
p/s; Pernah je dulu terjumpa balik nombor telefon kawan lama darjah satu, punya sungguh la berani pi telefon rumah dia. Bila ditanya, Aichuuuuuu dia tak ingat pun insan bernama husna yang kerdil ni. Touching lah gini.. :')
