<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5848290908176775431\x26blogName\x3d(%D8%AD%D8%B3%D9%86%D9%89)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://husnaohusna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://husnaohusna.blogspot.com/\x26vt\x3d-4128625538135656584', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
husnaohusna.blogspot.com
بسم الله الرحمن الرحيم




السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته




blog kosong je..

January.
Tuesday 10 February 2015

Dalam bulan Januari 2015, ada dua major things happen to me.
Boleh kata satu berita baik, dan buruk jugak lah.
Ala tapiii 'all in hikmah' dah tersemat dalam hati kan?
Kih kih.


PERTAMA, saya telah direzekikan Tuhan untuk tak layak dapat sijil STAM. Mudah kata saya fail untuk STAM. Snif snif. Ok anda pembaca jangan membuntang mata sangat. Sijil STAM ni dia punya style; satu subjek fail so consider as fail terus ah. Maka ditakdirkan Tuhan saya fail satu subjek. Subjek lain alhamdulillah cantik dah cuma kantoi satu sahaja. Saya macam dengar awak nak tanya, subjek apa yang fail? Untuk sementara ni, rahsia jap haha.

Alhamdulillah, nangis pun tidak. Masa dapat slip tu boleh sengih hambar lagi.
"Ummiii, rasib la"
"Ini ujian" --Jawab ummi. Yang kelakarnya, ummi mengecikkan suara beliau, macam suara kartun. Hahahaih.

Takut jugak bila baba call tanya fasal result. Sebab yea kita sebagai anak tahu la harapan mereka  sebagai parents terhadap anak-anaknya kan. Lagipun baba ni jenis education-oriented sikit huaa ada ke istilah cemtu? ;p

Baba jawab, "Takpelah"
"EA.. baba tak marah?"
"Buatpe nak marah. Takda rezeki kan"

Tanda kebingungan di situ jap. Macam tak terduga pulak baba jawab macam tu. Ish saya sebagai anak seharusnya lebih sangka baik.

TERIMAKASIH yang tak terhingga kepada keluarga dan orang sekeliling yang memberi sokongan; ustaz ustazah (dari sekolah rendah sampai la menengah. Oh unfortunately, semacam dah kecoh je result ni pada pengetahuan guru. Sedih gak la tahun ni punya result agak disappointed).

Ustaz Hamidon pesan; banyakkan istighfar. Tak perlu salahkan diri sendiri ataupun orang lain. Terima dengan hati terbukan dan ini juga rezeki daripada Allah.
Ustaz Anuar M cakap; Mungkin ada benda Allah nak tunjukkan. Allah nak awak duduk dengan ummi lagi kot haha. Mentang-mentang la saya ni memang dari kecik kat sini kaan. Ustaz pesan jugak supaya tampal balik.
Ustaz Anuar A; seboleh-boleh tak percaya. Siap cakap saya tipu takbaikkk. People can tell that i'm lying, except ustaz Anuar A.
Ustazah Nazrina & Teacher Rosny; ada hikmahnya.
Ustazah Rahayu; tahniah & takziah ya.
Ustazah Syikin; apapun result kita, kita kena percaya Allah dah tetapkan yang paling baik untuk kita. Dengan result tu, ada la tu Allah nak hantar kita ke mana-mana yang sesuai dengan kita.
Ustaz Jarwani; Saya percaya awak.
Ustaz Khir & Ustaz Rafie; cemana boleh gagal?
Luthfiyyah; chill akaaak.

Kak gedik, asmaa, kaklai, aisyah, fika, ustazah farah, othman, radin, saiful, rumaisha, ustaz gazali. Semuaaa ah. Al-hikmahnya dengan kegagalan ni, kita dapat tahu siapa yang kekal menjadi penyokong kita saat kita jatuh.

Aku redha ini takdirku ya Allah.

KEDUA; i have been offered to be a teacher.
Saya rasa saya hantar borang permohonan untuk belajar/menuntut ilmu kat situ, kok saya terima tawaran mengajar? Bhahah.

Satu pagar lagi untuk dilompat.

Mula-mula terima dengan paksa rela, sekarang teringat-ingat pulak wajah anak didik satu-persatu. Nanti ada masa kita bukak hikayat ok?


I really want to blog about this, at the another blog. Tapi... haha rasa macam bahasa tak proper lagi, So post kat sini je dulu supaya anda yang tengah baca ni, doakan saya diberikan kekuatan menulis. (rasa macam i know you did last raya taaak hakhak)  Aku tanak berhenti menulis hwaa.

husna aomar yang tulis @ 03:17 comments ~Photobucket0