<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5848290908176775431\x26blogName\x3d(%D8%AD%D8%B3%D9%86%D9%89)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://husnaohusna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://husnaohusna.blogspot.com/\x26vt\x3d-4128625538135656584', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
husnaohusna.blogspot.com
بسم الله الرحمن الرحيم




السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته




blog kosong je..

ragam kat shopping mall.
Saturday 28 August 2010

SITUASI 1

tiba tiba eskelator rosak tu gila penuh sampai macam ada trafiic jam. takde la ramai mana pun tapi mata diherot-herot ternampak pemuda (ceh pemuda) ni bawak kotak besar. staff shopping mall tu kot. tapi rupanya bukan dia pembuat traffic jam , tapi ....... tapi ada sorang pakcik (kot) kurang upaya tengah turun. aku kat belakang tak berapa nampak sangat. tapi memang lambat sampai tak bergerak kami kat eskelator sebab kebetulan eskelator rosak. ada orang belakang yang baru masuk dalam eskelator menyampuk kuat kuat " eh nape ni ? traffic jam ke ? "  punya kuat dia punya suara tapi cepat-cepat satu pemuda ni berani sound shhhh kat dia. muehehe.

kesian pakcik tu. kaki dia sakit rasanya. tapi , takde orang yang pimpin dia kat shopping mall tu. tapi yang aku suka , kalau dia nak lalu mesti orang hormat then bagi dia lalu sambil senyum. hehe :)

SITUASI 2

aku jalan-jalan merentasi lautan manusia , tiba tiba rilek je sorang budak kecik potong straigth je dia jalan tanpa halangan haha~ budak kecik la katakan. aku rasa dia baru pandai jalan sebab ,

" YEAY YEAY DAH BOLEH "

" YEAY YEAY DAH BOLEH "

" YEAY YEAY DAH BOLEH "

dia ulang ulang sebut ayat dia sambil jalan ke depan dengan kaki macam terhuyung hayang. kinda macam tu lah. bila dah ke depan ke depan je , tiba tiba

" eh , YEAY YEAY DAH TAKDE "

" YEAY YEAY DAH TAKDE "

dia berhenti terus patah balik lariii. cari ummi dia kot.

" YEAY YEAY DAH TAKDE ! "

" AYOKKK AAAAAA !! "

dia jerit hahaha takut mungkin. alahai comel dah la tembam.

cukup setakat dua. aku suka jalan-jalan sebab dapat tengok orang. tu je LALALA~

husna aomar yang tulis @ 18:16 comments ~Photobucket0

Thursday 26 August 2010

BIG GIRL ALREADY ! :P

ceyhh ingat dah besar sangat ?

terima kasih baba kerana menjadi lelaki pertama dalam hidupku , terima kasih ummi kerana susah-susah dok dalam wad nak lahirkan saye , terima kasih diri sendiri sebab berjaya sumbat makanan sampai besar macam ni muehehe.

paling tak lupa , terima kasih Tuhan kerana memilihku mengutip secangkir pengalaman dan pedoman sepanjang hidupku ~ :)

tau hadiah yang paling special hari ni ? bumi kasi tengok sunrise ! santik sangat.
ya Allah , speechless sangat. mula rasa gugup ni haha~ and , bulan penuh pun ada kat sebelah barat.
terima kasih bumi ^^

Alhamdulillah , aku masih hidup lagi hari ini

btw ; do thanks a lot for those yang wish :) appreciate sangat.
satu je nak mintak hadiah , doakan selalu budak ni ye hehehe.

husna aomar yang tulis @ 02:47 comments ~Photobucket0

motivasi hari ini
Wednesday 25 August 2010

eh tak , patutnya motivasi sepanjang hidup

jadikan hari ini milikmu

quotes ni aku dapat daripada LaTahzan. macam menarik sebab its kinda salah satu quotes cara nak menikmati hidup ha macam tu la. * susah betul nak terangkan benda2 undescribeable macam ni

tapi yes ! aku rasa aku dah faham sikit. kita kecikkan skop kehidupan kepada hari ye. kalau kau nak setiap moment dalam hari kau rasa something precious ever ;

x - rancang jadual dan masa untuk hari tu. pandai-pandai la susun yang berfaedah sikit. haha~
x - niat kena betul. jangan kupa doa. paling penting ; bismillah ^^
x - setiap apa yang kau buat , make sure hati kau betul betul hadir time tu. buat dalam keadaan sedar ye. sila campak jauh-jauh berangan :P
x - senyum senyum selalu. berfikiran positif tak kurang penting jugak.
x - buat macam jam tu kekasih hatimu~ selalu alert dan sayang dan patuhi masa :)
x - hargai apa-apa yang buat kau senyum dan happy untuk hari tu. kalau aku lah kan , suka tulis balik dalam diari LALALA ^^
x - kerap muhasabah diri. memang penting

ni yang aku perhatikan kat diri aku sendiri. tengah cuba praktis la ni. pun gara-gara exam sedang bersiaran langsung secara rasmi dah minggu ni. and , not bad lah. rasa macam terkejut pun ada. tak percaya ? haa try la buat. pasti berkesan hehehe. kalau optimis en istiqamah selalu lah.

husna aomar yang tulis @ 02:14 comments ~Photobucket0

Saturday 21 August 2010

tak tau lah dua hari ni lepas subuh je then ngaji , aku beria-ria sarung jaket dengan tudung pergi luar.
hehe cuba teka buat apa ? yes , tengok sunrise ! suka nye lahai ;P

hari pertama pencarian *cehceh :P , aku keluar sekitar 6:45 pagi lepas ngaji. budak-budak buncit lagi mesti jugak nak ikut. kat luar masih sejuk dan gelap. memang takut kalau nak jalan jauh-jauh pun.
tapi , aku memang suka ah suasana dengan feel bila subuh. ada umphh ha gituu :)

sementara tunggu matahati naik , aku amek angin pagi je. tambah oksigen dalam badan haa~
kejap , tapi sayang bai. sony dslr ayah aku letak kat office dia. entah sebab apa tak dapat dikenalpasti.

hah , hari pertama gagal. mendung. hehehe pelik aku tunggu sampai pukul 7 tak naik-naik matahari.
kecewa macam ada tapi tak ada sangat. aku dapat banyak lagi outdoor shot kat luar rumah. yeay. takpe , esok masih ada ...

hari ahad , aku keluar lambat sikittt je sebab boleh terlelap lepas sahur haha~
alhamdulillah hari ni cuaca sangat baik. jiran sebelah keluar rumah bekerja dengan senanghati.
haish malu pulak sebab setiap hari aku dok tercongok depan rumah semata nak tengok matahari pastu jiran semua pelik hahaha.

oh ye , dslr sony takde. maka haruslah aku guna nokia aje huhuhu. nokia ni lawa kalau snap macro je tu pun nampak mouse sikit , yang jauh lagi la confirm tak lawa ye. lighting dia beza woo dengan lighting sebenar. sangat tak syok :P

aku semangat sangat nak snap sunrise tu dekat-dekat. sanggup haii aku dok basikal jauh-jauh masuk lorong perumahan orang nak tengok matahari tu. hasil nye ? haha gagal ye gagal lagi. sila cuba lagi.

aku rasa nak snap sunrise ni memang kena tempat lapang dengan jauh. baru lawa sebab matahari ni besar pastu kalau lighting dia dah keluar berserak tuuu peh peh :) jadi , baba..... bawaklah balik rumah sony tu huwaaa.

anjing jiran semua dok boo menyalak nyalak kat aku macam gaya baru keluar pusat serenti kalau aku lalu rumah diorang. takut aku.

aku ada aim nak shot sunrise hehehe. kat padang besar sebelah sekolah. makan hati je bila nak pergi sekolah kena lalu situ. peh cantik !

husna aomar yang tulis @ 18:55 comments ~Photobucket0

Thursday 19 August 2010

sementara tengah tunggu nak azan maghrib ( bukan lagi senang ke cakap buka ) :P ,
ummi godek godek folder pic dalam henfon. yes , BANYAK sangat lah kot kot gambar kucing.
haha ~

bila sampai satu pic je , terpampang lah gambar Apin si jejaka jambu masa time dia kecik lagi.
serta merta ummi pandang tempat lain pastu ternampak riak muka dah lain.

; nangis ke mi ?
u ; *geleng acuh tak acuh* rinduu..
; Ipin tak rindu ? 
u ; tak berapa rapat sangat dengan dia..


bila ummi cakap macam tu je , aku terus masuk bilik. serta merta je AIR MASIN kolam ni nak jatuh. aih ni kes rindu jugak la. :( ah , siyes ah. rindu sangat sangat. dorang tu dah macam adik bagi kiteorang kat rumah beb. ini SERIUS.
sebab sebab kehilangan misteri dorang biarlah rahsia. tu tak penting kan kan.


aku nangis kejap je. ye lah , aku kuat orang nya :P bila aku datang dekat dengan ummi je , nampak muka ummi basah. ummi .............


siyes terharu :( kucing takde pun ummi sedih. kalau anak dia ? haila.. haila.. kat sini baru aku sedar , kalau kucing pun ummi nangis , mesti anak
2 dia ummi lagii sayang ^^ tehee~


aku terus gosok-gosok belakang badan ummi :(


ah , comel nye ummi nangis ! haa~


----------------


semangat mula-mula nak bagi sikit goreng pisang terlebih masak kat jiran depan. entah aku yang over ajak sebenarnye. sebab , rasa comel je bagi sikit makanan kat jiran muehehe.


tapi ummi malu. hah sah ikut genetik aku ni. :P bila ummi cakap malu , aku pun maluu jugak lah...


; nape ummi malu pulak ?
u ; ye la... kot tak sedap.
; tak kan fikir camtu kot.. tak kan la..
u ; entah.. lgipun kalau bagi , mesti dorang pun rasa bersalah nak balas. kan dah menyusahkan.
; la takkan macam tu kot ummi. kalau kita bagi ikhlas kan ......

haha~ aku memang suka jawab je selagi tak puas hati. semua nak menang :P apa salah nye nak tau kan kan.

p/s; jiran kat lorong mana entah ada bagi wajik. dah lama dah. tapi tak balas-balas lagi. tak tau nak balas apa sebab mangkuk wajik tu lawa sangat. hee

husna aomar yang tulis @ 05:42 comments ~Photobucket0

Tuesday 17 August 2010

hmm kawan baik ? hehe takde lah susah pun sebenarnya nak cari :) aku je yang ngade tak nampak :P

kawan tu sendiri tak perlu datang kat kita. kita yang kena cari. ingat macam bola datang golek ? tak. mimpi je tu.
tak kisah lah ape pun keadaan kawan tu , don't ever leave her. sebab , kawan ni bukan untuk sorang je. mesti ada give and take . hah macam tu.

kau kata kau nak kawan yang baik , tapi betul ke kau kawan yang baik ?


aku suka sangat quote ni :)


sekarang baru aku tau. kawan baik tu memang TAK senang nak jumpa. tapi kita yang bentuk kawan baik tu sendiri. ikut acuan yang betul lah.


AH , senang macam ni lah kot. kawan je semua orang. ambik yang jernih , buang yang keruh. hoho tak macam tu ? sebab....


back to the point sebab kawan yang betul-betul memang susah nak jumpa.


oh ye , aku ada ingat lagi satu mutiara hikmah. kalau kau belum jumpa yang terbaik , jangan kau tinggalkan yang kau ada sekarang. hargai lah SEMUA yang ada kat depan mata.

yes , SEKARANG :)


now , alhamdulillah tak susah kan jumpa kawan ? kadang-kadang musuh pun boleh jadi kawan baik . who knows ^^ hati milik Dia.


yeay. oh btw ; sorry sangat formspring2 yang aku ada tanya pelik2 tu guna anynomeus whateva lah sebut nye , aku tanye macam2 lagi2 pasal kawan. haha peace saje tanya random , akal en hati tak betul sangat.


ah , minggu depan aku trial. fuh fuh. sekarang , ustaz mintak aku dengan farah and mai baca sorang 10 juzuk. maybe ni chance aku hehehe.

-----------

adik aku dah anak dara la seyh. haha bak kata ummi. dia dah mula pandai cari-cari krim untuk putihkan kulit. haila haila kalau boleh semua brand dia nak cuba :P

husna aomar yang tulis @ 07:16 comments ~Photobucket0

Thursday 12 August 2010

semalam even cuti sehari pun , alhamdulillah sempat jugak jenguk maktok kat sana.
sedih nya , pupu papat mana balik :'( huwaa~ semua dok hostel.

cik mai dengan cik diah je yang ada.
a'at pun ada hehehe. dah makin sihat dah dia tu. botak macam shinchan :P

fatih , si kurus keding. geram betul dengan dia tu.
nama dah nak sama dengan aku. kalau orang panggil dia , aku sokmo perasan.
malu tuu :P bila berbuka je , tengok2 dia makan lauk sup guna tangan.
haha fatih , fatih.. awak memang spesis fatin husna jugak lah. tak reti guna sudu.

oh ye , sebelum tu ada jenguk atok kat belakang masjid. dah lama dah dia kat situuu.
aku kecik lagi dia dah tinggal kan aku.
aku , mana manja sangat dengan atok. sempat manja kejap je. masa kecikkeci.
time aku darjah satu , dua dua atok aku dah pergi.
sekarang , aku ada nenek sebelah ayah je ^__^
gaya memang camni kalau dah nama cucu anak last-last. haha tu pun baba dah langkah bendul. *erk :P

---------

tengok ibu ibu yang ada baby kan kan...
:P i wish i had a adek baby lalala.
tapi bila cakap dengan ummi , ummi suruh tunggu kawen.
haila.. . .  tak syok betul

husna aomar yang tulis @ 04:19 comments ~Photobucket0

Tuesday 10 August 2010

oh yes , salam ^^

gee. haha lama nya tak picit keyboard :P almost 2 weeks kan kan ? whaa~

alhamdulillah Ramadhan dah nak sampai pun. marhaban ya Ramadhan :)

memang tak sabar sangat nak puasa. first , sebab ni first time puasa dengan kucing.
second , nak sihat sihat kan perut ni ha. third , hehehe boleh makan jemaah tiap petang.
^__^

ingat lagi adik sedara aku , A'at. tahun bila entah. biasa lah perempuan kan ada cuti2 spesel punya.
kebetulan time tu kat kampung. makcik aku suruh test kuah yang dia masak.
haha habis kantoi dengan A'at. die cepat2 tanya " ummi nape kak Aten tak puasa ? "
nasib baik makcik aku jawab dengan berhemah. kak Aten uzur syar'ie , tak boleh puasa.

A'at diam je. tapi bila dah lama sikit , dia duduk atas kerusi dalam bilik monyok je.
bila makcik aku tanya , dia selamba je tu jawab " ummi , a'at tak boleh puasa. ada uzur syar'ie "
a'at ! budak laki-laki kena puasa. malu nanti.

haha pandai betul budak ni. respect aku. tengok , tengok. semua aku punya sebab.
moral of the story ; jangan pandai2 curi makan. ingat budak kecik tak reti ke ? :P




BANG ! :( esok bukan hari pertama puasa aku. mungkin lagi 7 hari. peh sedih tu. waa~

eh , selamat mencari LailatulQadar hehehe. harap ramadhan tahun ni lagi baik dari tahun lepas ^^

p/s; upin ngade ah. ish ish geram.

husna aomar yang tulis @ 03:42 comments ~Photobucket0

Monday 2 August 2010

:) tadi kena rotan lagi dengan ustaz. ye , memang salah aku.
cuai. tak hafal. zupp ting ! tetibe ujian.
hah lagi la padan muka.
kadang2 aku rasa nak surrender ambik banyak bidang macam ni :( tapi.......

tapak tangan memerah. kolam mata dah penuh. tinggal masa je nak pecah.
ok shh diam sekarang. jangan gelak. aku dah penat. * mata kuyu

tapi sekurang-kurangnya aku tak play cheat macam 2 budak tu.
yeah tu pun aku nak bangga tahu ?
kecewa ah. selama ni semua respect tabik dia sorang lah , padahal....... LOSER !
grrrr ok. biarkan.


siyes , sekarang aku macam dah tak betul lah. aku pun taktau mana silap nye.
tak tau punca mana yang senget.
ish , tiba-tiba rasa husna yang dulu lagi baik daripada husna sekarang. :(
sedih nye.

ya Tuhan kami , jangan pesongkan hati kami. Berilah seluruh Nur mu menerangi perjalanan hidup kami menuju Mu.
amin ramai-ramai jom. doa aku dan aku. oh , dan jugak semua.


mintak tolong sangat , doa dan doa aku selalu.
lagi , trial PMR minggu ni.
all the best , senior :')

husna aomar yang tulis @ 06:58 comments ~Photobucket0