Saturday, 21 August 2010
tak tau lah dua hari ni lepas subuh je then ngaji , aku beria-ria sarung jaket dengan tudung pergi luar.
hehe cuba teka buat apa ? yes , tengok sunrise ! suka nye lahai ;P
hari pertama pencarian *cehceh :P , aku keluar sekitar 6:45 pagi lepas ngaji. budak-budak buncit lagi mesti jugak nak ikut. kat luar masih sejuk dan gelap. memang takut kalau nak jalan jauh-jauh pun.
tapi , aku memang suka ah suasana dengan feel bila subuh. ada umphh ha gituu :)
sementara tunggu matahati naik , aku amek angin pagi je. tambah oksigen dalam badan haa~
kejap , tapi sayang bai. sony dslr ayah aku letak kat office dia. entah sebab apa tak dapat dikenalpasti.
hah , hari pertama gagal. mendung. hehehe pelik aku tunggu sampai pukul 7 tak naik-naik matahari.
kecewa macam ada tapi tak ada sangat. aku dapat banyak lagi outdoor shot kat luar rumah. yeay. takpe , esok masih ada ...
hari ahad , aku keluar lambat sikittt je sebab boleh terlelap lepas sahur haha~
alhamdulillah hari ni cuaca sangat baik. jiran sebelah keluar rumah bekerja dengan senanghati.
haish malu pulak sebab setiap hari aku dok tercongok depan rumah semata nak tengok matahari pastu jiran semua pelik hahaha.
oh ye , dslr sony takde. maka haruslah aku guna nokia aje huhuhu. nokia ni lawa kalau snap macro je tu pun nampak mouse sikit , yang jauh lagi la confirm tak lawa ye. lighting dia beza woo dengan lighting sebenar. sangat tak syok :P
aku semangat sangat nak snap sunrise tu dekat-dekat. sanggup haii aku dok basikal jauh-jauh masuk lorong perumahan orang nak tengok matahari tu. hasil nye ? haha gagal ye gagal lagi. sila cuba lagi.
aku rasa nak snap sunrise ni memang kena tempat lapang dengan jauh. baru lawa sebab matahari ni besar pastu kalau lighting dia dah keluar berserak tuuu peh peh :) jadi , baba..... bawaklah balik rumah sony tu huwaaa.
anjing jiran semua dok boo menyalak nyalak kat aku macam gaya baru keluar pusat serenti kalau aku lalu rumah diorang. takut aku.
aku ada aim nak shot sunrise hehehe. kat padang besar sebelah sekolah. makan hati je bila nak pergi sekolah kena lalu situ. peh cantik !