something happened to me recently.
boleh kata big things jugak la.
kalau tak, cemana boleh dapat MC sampai sebulan lebih kan.
I assume this as a gift from Him.
benda yang tak terjangka langsung boleh berlaku pada aku. in a blink of eye pulak tu.
aku yakin, kena yakin, yang setiap berlaku ada hikmahnya.
aku kena bersangka baik dengan Tuhan.
eventhough, aku pernah je terdetik,
well aku ada dosa atau salah apape ke yg Allah nak ampunkan dosa aku or hukum aku? ngaa teruk ke pikiran ni eh
tapi tadi Ustaz Kazim cakap,
setiap apa yg berlaku kat diri kita tu,
itulah yang paling baik untuk kita.
Walaupun pada mata kasar macam buruk je pada kita.
Al-Baqarah kaaan.
maka berehat rehat berenang senang la aku kat umah ni. dah masuk 3 minggu dah.
Aku nak cakap;
I won't give up
Jason Mraz~
ahaha lagu feveret all the time.
Thanks Allah atas hadiah ni.
husna aomar yang tulis @ 08:54
0
aku cakap dengan uma,
"Apa kata kepasni kita tukar nama panggilan. Jadi ma-aten ke.."
fyi, kitaorg selama ni guna aku-kau. she was the one that started it first.
"Apesal?"
"aku-kau tu mcm kasar sangat. panggil nama mcm comel sikit."
"habis tu,, kau guna aku jugak bila doa kan"
aiseyyyyman =="budak ni kalau menjawab memang menang ar.
aku-kau dengan Tuhan tak rasa mcm kasar pun.
tapi ngan manusia nii agak la,
tapi aku dengan kawan laki kelas mmg beraku-kau la. kecuali yang mmg stok sopan dia start saya-awak mmg segan la nak berkau pulak haha.
Rata Cina balik johor yeah. uma cakap aku mcm selalu balik je. what?? utk sem ni je baru 2 kali okay. Dia tak happy ke aku balik wawawa. Pastu dia tanya total tambang. Hmm patut laaa,
husna aomar yang tulis @ 23:15
0
Dalam bulan Januari 2015, ada dua major things happen to me.
Boleh kata satu berita baik, dan buruk jugak lah.
Ala tapiii 'all in hikmah' dah tersemat dalam hati kan?
Kih kih.
PERTAMA, saya telah direzekikan Tuhan untuk tak layak dapat sijil STAM. Mudah kata saya fail untuk STAM. Snif snif. Ok anda pembaca jangan membuntang mata sangat. Sijil STAM ni dia punya style; satu subjek fail so consider as fail terus ah. Maka ditakdirkan Tuhan saya fail satu subjek. Subjek lain alhamdulillah cantik dah cuma kantoi satu sahaja. Saya macam dengar awak nak tanya, subjek apa yang fail? Untuk sementara ni, rahsia jap haha.
Alhamdulillah, nangis pun tidak. Masa dapat slip tu boleh sengih hambar lagi.
"Ummiii, rasib la"
"Ini ujian" --Jawab ummi. Yang kelakarnya, ummi mengecikkan suara beliau, macam suara kartun. Hahahaih.
Takut jugak bila baba call tanya fasal result. Sebab yea kita sebagai anak tahu la harapan mereka sebagai parents terhadap anak-anaknya kan. Lagipun baba ni jenis education-oriented sikit huaa ada ke istilah cemtu? ;p
Baba jawab, "Takpelah"
"EA.. baba tak marah?"
"Buatpe nak marah. Takda rezeki kan"
Tanda kebingungan di situ jap. Macam tak terduga pulak baba jawab macam tu. Ish saya sebagai anak seharusnya lebih sangka baik.
TERIMAKASIH yang tak terhingga kepada keluarga dan orang sekeliling yang memberi sokongan; ustaz ustazah (dari sekolah rendah sampai la menengah. Oh unfortunately, semacam dah kecoh je result ni pada pengetahuan guru. Sedih gak la tahun ni punya result agak disappointed).
Ustaz Hamidon pesan; banyakkan istighfar. Tak perlu salahkan diri sendiri ataupun orang lain. Terima dengan hati terbukan dan ini juga rezeki daripada Allah.
Ustaz Anuar M cakap; Mungkin ada benda Allah nak tunjukkan. Allah nak awak duduk dengan ummi lagi kot
haha. Mentang-mentang la saya ni memang dari kecik kat sini kaan. Ustaz pesan jugak supaya tampal balik.
Ustaz Anuar A; seboleh-boleh tak percaya. Siap cakap saya tipu takbaikkk. People can tell that i'm lying, except ustaz Anuar A.
Ustazah Nazrina & Teacher Rosny; ada hikmahnya.
Ustazah Rahayu; tahniah & takziah ya.
Ustazah Syikin; apapun result kita, kita kena percaya Allah dah tetapkan yang paling baik untuk kita. Dengan result tu, ada la tu Allah nak hantar kita ke mana-mana yang sesuai dengan kita.
Ustaz Jarwani; Saya percaya awak.
Ustaz Khir & Ustaz Rafie; cemana boleh gagal?
Luthfiyyah; chill akaaak.
Kak gedik, asmaa, kaklai, aisyah, fika, ustazah farah, othman, radin, saiful, rumaisha, ustaz gazali. Semuaaa ah. Al-hikmahnya dengan kegagalan ni, kita dapat tahu siapa yang kekal menjadi penyokong kita saat kita jatuh.
Aku redha ini takdirku ya Allah.
KEDUA; i have been offered to be a teacher.
Saya rasa saya hantar borang permohonan untuk belajar/menuntut ilmu kat situ, kok saya terima tawaran mengajar? Bhahah.
Satu pagar lagi untuk dilompat.
Mula-mula terima dengan paksa rela, sekarang teringat-ingat pulak wajah anak didik satu-persatu. Nanti ada masa kita bukak hikayat ok?
I really want to blog about this, at the another blog. Tapi... haha rasa macam bahasa tak proper lagi, So post kat sini je dulu supaya anda yang tengah baca ni, doakan saya diberikan kekuatan menulis. (rasa macam i know you did last raya taaak hakhak) Aku tanak berhenti menulis hwaa.
husna aomar yang tulis @ 03:17
0
25 disember 2014.
oh ye, 2014 adalah tahun terakhir aku sekolah!
malam ni hujan.
dan, sebenarnya aku fikir macam-macam.
like.. aku nak apa dalam life sebenarnya? ha ha.
tengah makan pun fikir. tapi bila sambung borak balik dengan orang, lupa dah semua persoalan tu.
tetiba aku baca blog orang.
waha semua orang sangat bersemangat dan bercita-cita.
dan aku??
i should weh.
SANGAT PERLU.
Aku dah berada pada pengakhiran umur 18 koooot :(
Takkan nak berfikiran macam bebudak lagi
Oh ye, pernah dengar personality crisis?
dia macam... tak kenal diri sendiri.
eh aku nak jadi cemtu lah..
tengok orang itu, eh nak jadi cemtu ah.
aku rasa aku dah terkena bahang penyakit tu ah.
ayok!!
rasa sejuk disebabkan ada air hujan menitik kena muka.
haha.
taknak tulis benda yang macam ni kat blog lagi satu..haha biar la blog lagi satu tu membawak manfaat sikit.
husna aomar yang tulis @ 06:52
0
Err weh, jqngan berhenti menulis bokeh?
Kerana kau nak tau, menulis nii boleh bagi memacam effect kepaada siaaa yang membacanya. Tengok ah gaya kau mengolah citer bagaimana.
Cum aku minta, jsngn berhenti. NEVER.
husna aomar yang tulis @ 07:51
0
bismillah.
I FEEL BLESSED. Ngee alhamdulillah.
settle sudah paper addmath. Puas menumbuk kalkulator.
ada je weh soalan xberjawab. tapi keluaq dewan senyum puas. acaner tu?
Tawakkal alallah.
aku daaaaaaaaaaah suka addmath hakhak.
Aku perasan je, emotion aku tetiba boost up tau minggu ni. Isnin masa paper math macam tak berapa ok. and i dunno why.
pastu selasa tetiba macam ok. pelik gak..tapi at the moment aku teringat pagi selasa tu aku makan apa.
terus terbuntang mata.
"UMMI, perasan tak semalam dengan harini atin lain??"
Ummi angguk......then pelik.
hehehehe.
"APA YANG LAIN?' --Saje test.
*tenung muka*
"Muka penat kot. Semalam mata macam berkaca."
"BERKACA?" Terkezuuut di situ. ada keee?
berkaca cemana entah aku pun taktahu sebenarnya. Bila aku nangis?? cehh.. siryes takde. lama dah mata ni tak berkolam. kering kontang..sejak seminggu yang lalu. heh.
blablabla lagi.
Aku cuma expect JUS TOK GURU. Memaaang dah lama tak minum jus tu. dok dalam peti sejuk.
Pastu selasa pagi minum.....yap dengan niat nak renovate diri sendiri. heh.
Tu yang rasa mcam waaa miracle tu.
ADAKAH INI SATU TESTIMONI??
Hakhak.
Tapi aku percaya,
YOU ARE WHAT YOU EAT
Makanan yang baik...resap dalam darah..vena cava bagai sume....jadi darah daging kita. Ye ork??
phew.
Ummi cakap bukan sebab jus tok guru tau.. tapi DENGAN IZIN ALLAH.
OH AI AI MADAM. FAHAM!!
aku tanya abang sepupuku namanya siddiq yg kat mesir tu. Mesir ok je...cuma polis cari cari orang Ikhwan. Pastu dr. Morsi masih di penjara. Presiden sementara namanya Adly Mansur tapi dia macam boneka je hehhh tak guna. Kat U sekarang orang ligat buat muzaharat (demo). hurm moga baik2 aja.. aku malas baca........tu yg tanya je orang boleh ork gitu heee --'
husna aomar yang tulis @ 13:52
0
hey sayang apa habaq dengan mu~
sekarang; 0027 pada 17september2013.
oh jadi siang tadi adalah hari malaysia. Ya 16 september 1963. Betul tak?
Jika ditanya apa aku buat sempena tarikh ini... aku jawab hari ini biasa aja dong. Buat sains..hafal esei bahasa arab..angkat mesin basuh berjemaah. Tiada kerja menconteng muka dengan cat pun.
hari minggu....hari bersama keluarga terchenta.
semalam hari jadi baba, waktu aku wish pagi tu..
'umur baba macam nombor rumah kita'
woaaa aye? mata aku terbuntang terkejuut.
'i'm very old now'
Faham la.
kakcik tanya balik, 'Apa yg menyebabkan kalau umi tegur aten akan dengar cakap dia?'
'Kita HORMAT dia??'
Yesss. kakcik angguk ja.
Ummi bagi kasih sayang yg tak berbelah bahagi
Ummi ada.sesuatu.....
Ummi bagi apa yg kita perlukan.
Sebab tu kita rasa cam mudah je nak dengar kata ummi.
Ya ituuu pointnya.
Mungkin ni boleh bagi praktik.
acaner nak kasi kasih sayang?
Senang je.
Kita ada apa..kita ni terer bab apa.. cer bantu dia dengan kemampuan yang kita ada...sampai la dia terer/faham. Mesti dia rasa something, dan...confirm la kita tegur skit dia dengar punya.
boleh tahan high confident dia nii. To all these thingy mmg oerlukan kesabaran yg maha tinggu. well...kita usaha..kan? ah mulut memang mudah mengata.
husna aomar yang tulis @ 09:38
0